HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Wednesday, August 18, 2010

..:dAhsyaTnya sEdekAh:..

Bagaimanakah dapat kita lihat kehebatan sedekah yang dilakukan oleh hamba Allah. Mungkin sememangnya kita tidak dapat lihat kelebihannya secara real namun tanpa kita sedar sebenarnya sedekah telah di sebut oleh Allah sebagai salah satu amalan yang sangat besar kuasanya. Ianya telah dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad, sebagaimana berikut :

Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Maka, para malaikat berasa heran akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya.

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (Kita sedia maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika disondol oleh buldozer atau sejenisnya yang terbuat daripada besi).

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"

Allah Yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (Besi, bahkan boleh menjadi cair, lumer, dan mendidih setelah dibakar bara api).

Bertanya kembali para malaikat, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan terpadam jika disiram dengan air).

"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" Kembali bertanya para malaikat.

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (Air di lautan yang luas akan serta-merta terangkat, bergulung-gulung, dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah berlayar, tiada lain karena dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?"

Allah Yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Ini bermakna, orang yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur riak ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.

Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan dahsyat adalah hamba yang bersedekah, tetapi hendaklah tetap dalam keadaan hati yang ikhlas. Ini kerana, naluri manusia sememangnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih, dan sebagainya.

Oleh itu, kita hendaklah meletakkan sedekah sebagai sedekah yang tiada unsur riak dan bangga diri kerana hanya sedekah yang benar-benar ikhlas sahaja yang mampu mencapai tahap kedahsyatannya.

Jom kita ramai-ramai bersedekah (nak2 dalam bulan Ramadhan yang mulia ni). Maka bertambah lagilah ganjaran yang dapat kita kumpul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages