HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Sunday, August 15, 2010

MAKNA SEBUAH RAMADHAN

Tidak terasa, Ramadhan telah kembali menyapa kita dan telah masuk hari kelima pun kita berpuasa. Seakan baru sahaja ia kita tinggalkan, dengan bermacam kekurangan dan kealpaan untuk mengisinya, kini ia datang kembali. Pertanyaan yang mungkin menghinggapi setiap kita adalah, apakah yang hendak kita lakukan dalam Ramadhan kali ini. Apakah kita hendak mengulangi kekurangan-kekurangan kita di bulan Ramadhan yang lalu, dan bagaimana kita hendak memacu ibadah kita di bulan mulia ini.

Tahun lalu bacaan Quran kita mungkin tak habis dikhatamkan, solat tarawih kita masih tidak lengkap, amalan sunnah kita banyak yang tertinggal dan banyak lagi yang belum dibuat.

Pertanyaan-pertanyaan di atas tentu saja merupakan bahagian daripada muhasabah seorang muslim untuk tampil lebih baik dalam berIslam. Demikian pula dalam hal puasa Ramadhan, ketika Allah menjadi satu-satunya tujuan, maka menjadi sebuah kemestian untuk tampil dalam setiap aktiviti ramadhan.

Ramadhan yang penuh dengan janji pahala dan keampunan adalah sebuah momen yang tak layak untuk disia-siakan begitu sahaja. Ibarat seorang pedagang yang mengetahui adanya masa untuk meneguk laba yang luar biasa, maka seorang muslim pun akan berlumba-lumba untuk meraih laba yang luar biasa. Ia akan memilih mana barang-barang dagangan yang akan memberikan laba besar ketika itu, begitu juga dengan seorang muslim, dia akan konsentrasi untuk mengetahui mana aktiviti positif yang akan menjanjikan banyak pahala.

Ada beberapa aktiviti yang perlu menjadi prioriti di dalam meniti bulan ramadhan diantaranya :

  1. Memperbanyak sedekah
    merupakan sebuah aktiviti yang mulia. Di bulan ramadhan amalan yang satu ini perlu untuk dipacu, sesuai dengan hadis Nabi s.a.w:

"Rasulullah pernah ditanya sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab seutama-utamanya sedekah adalah sedekah yang dilakukan di bulan ramadhan" (HR. Tirmidzi , Baihaqi, dan Ibnu Khuzaimah ).

  1. Solat malam berjamaah (tarawih) Berkaitan dengan solat malam secara berjamaah ini rasul kita menyatakan : "Barangsiapa yang solat malam bersama imam hingga selesai solatnya, akan dituliskan baginya pahala solat sepenuh malam untuknya" (HR Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibn Majah). Hadis ini memberitakan tentang keutamaan solat malam secara berjamaah di bulan ramadhan melebihi solat malam sendirian yang panjang.
  1. Membaca Al Quran. Nabi kita memperbanyak bacaan Al-qurannya pd bulan ramadhan, sementara malaikat Jibril menyemak bacaan baginda, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari. Al Quran yang diturunkan berfungsi sebagai syifa (ubat) dan hudan (petunjuk) bagi orang beriman sangat penting untuk kita akrab dengannya. Maka ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memulai mengakrabi Al Quran. Buatkan waktu khusus untuk membacanya di antara kesibukan aktiviti kita yang lain. Dan jangan lupa pelajari pula kandungan isinya dengan tafsir-tafsir yang ada (seperti Tafsir Ibnu Katsiir, Tafsir At-Tabari, Adwaul Bayan Dan Kitab Tafsir Lain Yang Ditulis Oleh Para Ulama). Disamping itu praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
  1. I'tikaf. I'tikaf mengandung erti menetap di masjid untuk beribadah kepada Allah Ta'ala. Nabi Muhammad s.a.w selalu melakukan aktiviti ibadah ini pada 10 hari yang terakhir di bulan ramadhan hingga wafat baginda. Sebuah hadis tentang i'tikaf ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah :Nabi dahulu beri'tikaf setiap bulan ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun dimana baginda wafat, baginda beri'tikaf selama dua puluh hari” (H.R. Al-Bukhari).

Sebenarnya banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan pada bulan yang mulia ini. Amalan diatas adalah antara amalan yang senang untuk dilakukan dan mampu bagi kita semua umat Islam. Berdoalah semoga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mampu keluar dari Ramadhan dengan memperolehi pahala yang dijanjikan oleh Allah. Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages