HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Monday, November 8, 2010

BENCI

Anak2, nk dengar cerita tak???

Nak2..nak2

Hish, melalut la pulak kut. Tp takpelah. Sebenarnya memang ade cerita pun nk story ni. Alkisah pun bermula……

Pada suatu hari yg damai lagi indah, adelh seorang cikgu (erm, ustaz@ ustazah pun boleh) bernama CT sedang mengajar dalam salah sebuah kelas kt sekolah dia. Cikgu ni telah menganjurkan satu permainan untuk anak2 muridnya. Permainan ni sangat mudah dan hanya memerlukan kesungguhan dan juga ….. PISANG.


Cikgu CT meminta supaya anak2 muridnya membawa beg yg diisi dengan seberapa banyak pisang yg telah ditulis nama orang yg dibenci pd esok hari. Lalu, pd keesokan harinya dibawanya pisang yg siap ditulis nama orang dibenci. Ada yg bawa 2 biji, 3 biji dan banyak lagi (mengikut bilangan orang yg dia benci). Cikgu CT ni pun menyuruh anak2 muridnya menyimpan pisang tersebut selama seminggu. Mereka juga dikehendaki membawa pisang tersebut ke mana saja mereka pergi. Selepas seminggu, kita akan lihat hasilnya.

Hari demi hari, pisang tersebut telah berbintik dan semakin memburuk dan membusuk. Ramai yg merenget dan tidak selesa dengan pisang yg busuk itu. Siap menangis lagi.



Setelah berakhirnya seminggu permainan itu, mereka bersorak kegirangan kerana berakhir sudah seksa yg menemani mereka.

Apabila Cikgu CT bertanya tentang perasaan mengenai permainan itu, ramai yg merungut dan membenci permainan tersebut. Mereka terpaksa bersama2 dengan bau busuk pisang dan orang sekililing pun mula menghindarkan diri. Begitulah sebenarnya yg terjadi jika kita menyimpan perasaan benci dalam diri.

Sebagai kesimpulannya, permainan tersebut sebenarnya menunjukkan kepada kita bahawa perasaan benci terhadap seseorang yg disimpan didalam hati mampu mendatangkan keburukan kepada diri kita sendiri dan lama kelamaan ia akan memakan diri. Pisang yg semakin membusuk adalah analogi kepada perasaan benci. Begitulah pengajaran yg dibawa oleh cikgu CT. Jadi, jauhilah drpd perasaan benci terhadap sesiapa jua. Fikir-fikirkan dan selamat beramal…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages