HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Monday, November 22, 2010

_ sEdaR x sEdaR _

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi bernafas dan bernyawa dan masih boleh menikmati segala kurniaan Allah.

Erm, sedar tak sedar, kita semua sudah pun bercuti setelah bertungkus lumus dan berusaha menduduki peperiksaan. Dalam kesibukan tersebut kita mungkin tidak sedar kita ada menyinggung perasaan sahabat2 dan juga jiran2 kt asrama. Oleh itu, kami pelajar ikhwan dan akhawat dari kuliah PPISMP 3.05 2010 ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada tersilap dan tersalah kat sapa2. Jika ada umur yg panjang kita bertemu semula pd tahun hadapan. insyaAllah.

Sedar tak sedar juga kami semua sebenarnya telah pun tamat(boleh la kut) menjalani program PPISMP. Kami semua mula menjalani program persediaan ni pd bulan Julai 2009 hingga ke tahun ni. Rasa macam sekejap sahaja masa berjalan dan sudah berakhir pun tempoh 1 tahun setengah yg amat bernilai tu. InsyaAllah pd tahun hadapan kami semua akan hadir dengan semangat yg berkobar2 mendaftar sebagai seorang pelatih guru dlm ijazah perguruan. Tentu banyak perkara baru yg menarik yg akan ditempoh. Semoga kita semua satu keluarga akan menghadapi tempoh 4 tahun lagi dengan aman, tenteram dan saling melengkapi antara satu sama lain. Semoga ukhwah yg ditaut akan semakin kukuh dengan tali kepercayaan dan kerjasama antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, ukhwah kerana Allah akan mampu membina jiwa yg penuh dengan keimanan yg melaut.

~UKHWAH BERTAUT IMAN MELAUT~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages