HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Saturday, November 6, 2010

AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK MASUK NERAKA BILA HARI HUJAN?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.

Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.

Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.

Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.

Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.

Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,

“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.

Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.

Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.

Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,

tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,

“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.

Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,

“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,

suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,

“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.

Saya tidak pernah hadir sebelum ini.

Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,

meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,

saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.

Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.

Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,

hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.

Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.

Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.

Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.

Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?

Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.

Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.

Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,

di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,

tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.

Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.

Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,

saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.

Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,

saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,

yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.

Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana

“malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.

Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Inilah satu peristiwa..

Artikel ini telah diambil drpd blog http://muhasabahhamba.blogspot.com/ dan pd akhir cerita tersebut dia ada menulis:

Terima kasih kerana membaca kisah ini.

Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja.

Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain.


Ambillah iktibar drpd kisah tersebut dan kita semua sebagai bakal guru dan juga mujahid dan mujahidah sekalian bangunlah berdakwah menegakkan syiar Islam. Masih ramai lagi insan diluar sana yg mungkin memerlukan bantuan kita. Wassalam.

Friday, November 5, 2010

...aKhlak mAhmUdah ~ sAbaR...

Sabar ialah menahan diri drpd marah terhadap sesuatu yg tidak disukainya dan menahan lidahnya drpd mengadu selain drpd Allah.

Sabar amat diperlukan dlm kehidupan seseorang. Tanpa sifat sabar, segala arahan dan perintah Allah tidak akan dapat ditunaikan ataupun dituruti. Begitu juga dengan larangan dan tegahannya tidak akan mampu untuk dijauhi tanpa ada kesabaran. Sebab itulah ganjaran pahala untuk orang yg sabar terlalu besar. Firman Allah:

Surah Az-Zumar

10. Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang Yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu Yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang Yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini Luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala mereka Dengan tidak terkira".

Sementara itu, hadis juga banyak membicarakan tentang kelebihan2 sabar. Kadang2 sabar dikaitkan dengan keimanan, syurga dan sebagainya. Sabda Rasulullah:

“Bersabarlah terhadap hal-hal yang engkau tidak menyukainya, terkandung kebaikan yang banyak.”

Sesetengah ulama membahagikan sabar kepada 2 jenis iaitu:

1) Sabar Fardhu

Sabar ini dikaitkan dengan perkara yg wajib seperti sabar berbuat ketaatan kepada Allah, sabar meninggalkan segala bentuk kemaksiatan dan sabar atas bala dan kesakitan yg menimpa diri seseorang.

2) Sabar Sunat

Sabar sunat ialah sabar yg berhubung dengan perkara yg sunat, makruh dan harus. Sebagai contoh, sabar melakukan amalan atau perbuatan yg sunat, makruh dan harus, sabar meninggalkan drpd mengambil dunia yg lebih drpd yg diperlukan dll.

Kesabaran juga dapat menghindarkan bala. Orang telah ditimpa suatu bala dan apabila dia bersabar maka dia hanya terkena satu bala sahaja. Apabila dia tidak sabar, dia akan ditambah lagi dengan satu bala.

Sehubungan dengan itu, Rasulullah pernah bersabda tentang keajaiban dalam kehidupan seorang mukmin yg bersyukur dan bersabar ketika mendapat nikmat dan bala. Kedua-duanya adalah baik baginya. Sabda nabi:

“Amat pelik bagi urusan seorang muslim. Sesungguhnya segala urusannya baik belaka. Tidak mungkin didapati pd sesiapa pun kecuali bagi orang mukmin. Sekiranya dia mendapat sesuatu kebaikan maka dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa bencana maka dia bersabar. Itu adalah baik baginya.

(Muslim)

Thursday, November 4, 2010

~ AkHlak mAzmuMah - riYa' ~


Riya’ ialah sifat gemar mempamerkan atau menunjuk-nunjuk amalannya yang baik supaya dipuji atau bertujuan untuk mencari keduniaan, pangkat, isteri atau suami, wang dan lain-lain. Hukum riya’ adalah haram dan amat dibenci oleh Allah. Amal ibadat yang dilakukan seharusnya adalah untuk mendapat keredhaan daripada Allah tetapi ia telah bertukar menjadi sesuatu yang keji apabila terselitnya rasa riya’ dalam diri seseorang itu.

×@÷ƒuqsù šú,Íj#|ÁßJù=Ïj9 ÇÍÈ tûïÏ%©!$# öNèd `tã öNÍkÍEŸx|¹ tbqèd$y ÇÎÈ tûïÏ%©!$# öNèd šcrâä!#tãƒ ÇÏÈ

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

Jenis2 riya’

Riya’ yang dizahirkan dengan tubuh atau anggota badan. Sebagai contoh, menunjuk-nunjukkan kegagahan tubuh, ketampanan atau keayuan atau lain2. Dalam perkara keagamaan ialah seperti menampakkan kurusnya badan, pucatnya muka, supaya dianggap kuat dalam beribadat(‘abid) atau menuntut ilmu.

Riya’ dengan pakaian dan perhiasan. Cnthnya, mempamerkan kecantikan pakaian di tubuhnya sebagai tanda harga pakaian tersebut mahal dan sebagainya. Jika dalam perkara agama pula, berpakaian yang kebiasaanya dipakai oleh orang alim, supaya dianggap sebagai orang yang alim walaupun sebenarnya dirinya kosong drpd ilmu pengetahuan.

Riya’ dengan perkataan, misalnya menunjukkan kebaikan kata2 dalam bicara agar dipuji orang. Contoh lain ialah menampakkan dirinya banyak menghafal ayat al-Quran dan hadis. Selain itu, menggumat-ngamitkan bibirnya dengan tidak berhenti agar orang mengetahui bahawa ia adalah seorang ahli zikir.

Riya’ adalah perkara atau perbuatan yang tidak kita sedar. Mungkin perbuatan kita selama ini terkandung rasa riya’ di dalamnya atau mungkin juga tidak. Buat analisis diri agar kita tidak mempunyai akhlak buruk ini dan sesungguhnya setiap amalan yg kita buat hanya Allah yg mampu menilai tahap keikhlasannya. Waallahu’alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages