HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Saturday, August 21, 2010

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu adalah satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri cara bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:

"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang
saja yang menggunakannya tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu. Wallahua'lam.

Wednesday, August 18, 2010

..:dAhsyaTnya sEdekAh:..

Bagaimanakah dapat kita lihat kehebatan sedekah yang dilakukan oleh hamba Allah. Mungkin sememangnya kita tidak dapat lihat kelebihannya secara real namun tanpa kita sedar sebenarnya sedekah telah di sebut oleh Allah sebagai salah satu amalan yang sangat besar kuasanya. Ianya telah dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad, sebagaimana berikut :

Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Maka, para malaikat berasa heran akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya.

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (Kita sedia maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika disondol oleh buldozer atau sejenisnya yang terbuat daripada besi).

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"

Allah Yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (Besi, bahkan boleh menjadi cair, lumer, dan mendidih setelah dibakar bara api).

Bertanya kembali para malaikat, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan terpadam jika disiram dengan air).

"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" Kembali bertanya para malaikat.

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (Air di lautan yang luas akan serta-merta terangkat, bergulung-gulung, dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah berlayar, tiada lain karena dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?"

Allah Yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Ini bermakna, orang yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur riak ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.

Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan dahsyat adalah hamba yang bersedekah, tetapi hendaklah tetap dalam keadaan hati yang ikhlas. Ini kerana, naluri manusia sememangnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih, dan sebagainya.

Oleh itu, kita hendaklah meletakkan sedekah sebagai sedekah yang tiada unsur riak dan bangga diri kerana hanya sedekah yang benar-benar ikhlas sahaja yang mampu mencapai tahap kedahsyatannya.

Jom kita ramai-ramai bersedekah (nak2 dalam bulan Ramadhan yang mulia ni). Maka bertambah lagilah ganjaran yang dapat kita kumpul.

Sunday, August 15, 2010

MAKNA SEBUAH RAMADHAN

Tidak terasa, Ramadhan telah kembali menyapa kita dan telah masuk hari kelima pun kita berpuasa. Seakan baru sahaja ia kita tinggalkan, dengan bermacam kekurangan dan kealpaan untuk mengisinya, kini ia datang kembali. Pertanyaan yang mungkin menghinggapi setiap kita adalah, apakah yang hendak kita lakukan dalam Ramadhan kali ini. Apakah kita hendak mengulangi kekurangan-kekurangan kita di bulan Ramadhan yang lalu, dan bagaimana kita hendak memacu ibadah kita di bulan mulia ini.

Tahun lalu bacaan Quran kita mungkin tak habis dikhatamkan, solat tarawih kita masih tidak lengkap, amalan sunnah kita banyak yang tertinggal dan banyak lagi yang belum dibuat.

Pertanyaan-pertanyaan di atas tentu saja merupakan bahagian daripada muhasabah seorang muslim untuk tampil lebih baik dalam berIslam. Demikian pula dalam hal puasa Ramadhan, ketika Allah menjadi satu-satunya tujuan, maka menjadi sebuah kemestian untuk tampil dalam setiap aktiviti ramadhan.

Ramadhan yang penuh dengan janji pahala dan keampunan adalah sebuah momen yang tak layak untuk disia-siakan begitu sahaja. Ibarat seorang pedagang yang mengetahui adanya masa untuk meneguk laba yang luar biasa, maka seorang muslim pun akan berlumba-lumba untuk meraih laba yang luar biasa. Ia akan memilih mana barang-barang dagangan yang akan memberikan laba besar ketika itu, begitu juga dengan seorang muslim, dia akan konsentrasi untuk mengetahui mana aktiviti positif yang akan menjanjikan banyak pahala.

Ada beberapa aktiviti yang perlu menjadi prioriti di dalam meniti bulan ramadhan diantaranya :

  1. Memperbanyak sedekah
    merupakan sebuah aktiviti yang mulia. Di bulan ramadhan amalan yang satu ini perlu untuk dipacu, sesuai dengan hadis Nabi s.a.w:

"Rasulullah pernah ditanya sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab seutama-utamanya sedekah adalah sedekah yang dilakukan di bulan ramadhan" (HR. Tirmidzi , Baihaqi, dan Ibnu Khuzaimah ).

  1. Solat malam berjamaah (tarawih) Berkaitan dengan solat malam secara berjamaah ini rasul kita menyatakan : "Barangsiapa yang solat malam bersama imam hingga selesai solatnya, akan dituliskan baginya pahala solat sepenuh malam untuknya" (HR Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibn Majah). Hadis ini memberitakan tentang keutamaan solat malam secara berjamaah di bulan ramadhan melebihi solat malam sendirian yang panjang.
  1. Membaca Al Quran. Nabi kita memperbanyak bacaan Al-qurannya pd bulan ramadhan, sementara malaikat Jibril menyemak bacaan baginda, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari. Al Quran yang diturunkan berfungsi sebagai syifa (ubat) dan hudan (petunjuk) bagi orang beriman sangat penting untuk kita akrab dengannya. Maka ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memulai mengakrabi Al Quran. Buatkan waktu khusus untuk membacanya di antara kesibukan aktiviti kita yang lain. Dan jangan lupa pelajari pula kandungan isinya dengan tafsir-tafsir yang ada (seperti Tafsir Ibnu Katsiir, Tafsir At-Tabari, Adwaul Bayan Dan Kitab Tafsir Lain Yang Ditulis Oleh Para Ulama). Disamping itu praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
  1. I'tikaf. I'tikaf mengandung erti menetap di masjid untuk beribadah kepada Allah Ta'ala. Nabi Muhammad s.a.w selalu melakukan aktiviti ibadah ini pada 10 hari yang terakhir di bulan ramadhan hingga wafat baginda. Sebuah hadis tentang i'tikaf ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah :Nabi dahulu beri'tikaf setiap bulan ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun dimana baginda wafat, baginda beri'tikaf selama dua puluh hari” (H.R. Al-Bukhari).

Sebenarnya banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan pada bulan yang mulia ini. Amalan diatas adalah antara amalan yang senang untuk dilakukan dan mampu bagi kita semua umat Islam. Berdoalah semoga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mampu keluar dari Ramadhan dengan memperolehi pahala yang dijanjikan oleh Allah. Amin...

AIR MATA...

"dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;"

(surah an-najm:43)

Jadi, sesungguhnya Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta Menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata yang telah mengalir di dunia ini namun terdapat pelbagai jenis ataupun sebab air mata itu dialirkan di pipi yang mulus ini.

Menurut Ibnu Qayyim, terdapat 10 Jenis Tangis :

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Mata itu sangatlah kecil saiznya namun ia tidak pernah kering dan ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Kalaulah air mata itu di tampung maka banjirlah dunia ini. Tangis itu tercela atau terpuji ???

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan yang sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangisan kerana takut akan azab dan siksa Allah.

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda: "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

Betapa besarnya kelebihan air mata yang terpuji. Moga-moga tangisan kita semua adalah tangisan yang terpuji dan bukannya sia-sia kerana duniawi. InsyaAllah.

Wednesday, August 11, 2010

sEhAri BeRsAmA PuAn NoRbE

Hari Ahad yang lalu, dengan takdir Allah dapat juga kami secara berjemaah menjejakkan kaki ke Persiaran Teratai 03,Sungai Ramal Dalam. Ke rumah naqibah yang dikasihi(Puan Norbe)..InsyaAllah..

Perjalanan muslimat pada mulanya diburu dengan ujian. Teksi yang dinantikan(bergantung harap untuk sampai ke sana) tak juga kunjung tiba...Tayar bocor tiba2..xpelah redha je lah dan terus sabar menunggu..mujurlah ada teksi lain yang 'take over' kerja teksi "tayar bocor" tu.tibe2 teksi yang tayarnya 'BOCOR' td lalu depan kami. Agak bengang jugala..tp xpe..mungkin bukan rezeki kami..Dalam masa yang same, satu teksi yang dah bertolak lebih awal pulak,tak jumpa2 alamat rumah tu...nasib lah sampai jugak ke pangkal jalan akhirnya..alhamdulillah..(mungkin selepas mengikut siratol mustaqim..)MySpace


tapi banyak mana pun halangannya,kami tetap bersyukur..
sebab at last kami sampai gak kat rumah bonda kami tu..
bila kami sampai di perkarangan rumah puan norbe,mata kami dijamu dengan pemandangan yang penuh kehijauan dengan warna warni bunga di laluan masuk ke rumah beliau..
tak hairanlah sebab puan norbe memang rajin keje2 camtu..

lepas sampai,baru wat keje sikit,tapi rupanya terus dijemput makan sarapan yang diorang anak-beranak dah sediakan...alhamdulillah,kata orang rezeki jangan ditolak..
lepas makan apa lagi, masing2 mengambil bahagian dalam penyediaan menu masing2..
yang acar lah,ayam masak merah lah, dan jugak nasi tomato nya...
seronok wat keje ramai2..meriah cam nak masak untuk raya...
hanya kaum hawa yang memenuhi ruang dapur kerana kawasan tersebut menjadi larangan bagi kaum adam pada hari itu..hehehe..bukan pe..memudahkan keje..



tengok suasana masa tu,masing2 teringat kat rumah..
tak sabar dah rase nak raye..(even time tu x puasa pun lagi)..
lama jugak proses memasak...
sedar x sedar dah kul 1 lebih tapi ayam masak merah lum masak pun lagi..
tapi alhamdulillah,dalam kul 2 lebih kami dah boleh makan...
mule2 terkejut gak nape ramai orang datang..
ingat puan norbe buat kenduri..sebab nasi pun masak banyak...
rupe2nya saje ajak sedara dan orang dkat2 situ...
macam nilah hidup berjiran..

lepas makan2,kami pun ambik kesempatan ber'posing ngan puan norbe...
kenang-kenangan...puan norbe lagi 2 bulan dah nak bersara..
sedih plak rasenya kerana bakal kehilangan seorang bonda yang begitu baik..


dalam kegembiraan,jauh di sudut hati terselit jugak rasa terkilan sebab seorang lagi bonda kami tak dapat menghadirkan diri atas musyaqqah tertentu..juga seorang sahabat kami yang juga tak dapat datang hari tu..
tapi takpe lah..mungkin bukan rezeki untuk kami bersama pada hari itu..
insyaAllah,lain kali jika Allah izinkan kita akan berkumpul duduk semeja...amin...
apa yang kami harapkan di sini moga persahabatan yang terjalin akan kekal abadi..
biarpun diuji kami berharap akan terus teguh hati kerana kami tahu jika inginkan kasih sayangNya,itulah sebagai janji...UJIAN sebagai pengukur iman di hati..
wallahu taala 'alam...

SeHaRuM MaWaR MeRaH, SeHAruM itULah bUNgA uKhWaH..
BaJai iA DeNgAn mAwAdDah,mOgA mEkAr di TaMaN JaNnAh..


Thursday, August 5, 2010

~~DiaRi sEoraNG IstEri~~ (lelaki wajib baca)

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Sunday, August 1, 2010

"GharQad PeNOloNg YahUDi"

BERBICARA tentang Yahudi, sudah tentunya umat Islam tahu akan perihal bangsa ini. Yahudi adalah satu bangsa yang dilaknat Allah s.w.t dan merupakan satu bangsa yang amat hina.

Mereka juga menolak ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa, padahal Nabi Musa telah menyelamatkan mereka daripada kezaliman Firaun. Mereka juga telah membunuh nabi-nabi sesudah Nabi Musa seperti Nabi Zakaria dan Nabi Yahya.

Malah mereka juga cuba membunuh Nabi Isa tetapi Allah s.w.t lebih awal mengangkatnya ke langit. Kaum terlaknat ini juga telah beberapa kali cuba membunuh Rasulullah s.a.w di Madinah.

Mereka berusaha membongkar makam Nabi s.a.w. Selain itu, manusia paling hina di muka bumi ini telah menceroboh Palestin, menghalau dan membunuh umat Islam dengan kejam, tanpa henti. Kini, Lubnan pula menjadi mangsa kejahatan mereka. Benarlah akan peringatan Allah kepada kita tentang mereka, sebagai firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik...” (Al-Maidah: 82)

Kebiadaban orang-orang Yahudi juga tercatat di dalam sejarah melalui peristiwa pembakaran Baitulmaqdis pada 21 Ogos 1969. Bukan setakat membakar, mereka juga mengadakan pesta di dalamnya dan melakukan perzinaan.

Mereka turut mengotori, memusnahkan dan membuang najis di dalamnya. Kesucian dan kemurnian Masjidil Aqsa telah benar-benar dinodai oleh manusia durjana ini.

Sebelum Islam membuka kota suci ini, kota ini diperintah oleh kerajaan Rom (Byzantium) dan orang-orang Kristian pada waktu itu hanya menjadikan Baitulmaqdis sebagai tempat pembuangan sampah. Mereka lakukan hal itu kerana terlalu bencikan orang-orang Yahudi yang menganggap tempat tersebut adalah Haikal (Nabi) Sulaiman.

Yahudi (Bahasa Ibrani: Yehudim; Bahasa Yiddish: Yiden) ialah istilah untuk kedua-dua: agama dan kaum. Jika dilihat berdasarkan agama, istilah ini merujuk kepada umat agama Yahudi sama ada mereka beretnik Yahudi ataupun tidak.

Berdasarkan etnik, ia merujuk kepada mereka yang nenek moyangnya Jacob (Yaakob), anak Issac (Ishak), anak kepada Abraham (Ibrahim) dan Sara (Sarah). Etnik Yahudi jugalah termasuk Yahudi Tahih, dan Yahudi yang tidak memegang kepada agama Yahudi tetapi beridentiti Yahudi dalam aspek adat resam dan kaum.

Agama Yahudi ialah gabungan agama dan kumpulan etnik tidak eksklusif (bermaksud kumpulan etnik ini mempunyai cara orang lain memasukinya). Dengan tidak memegang kepada prinsip-prinsip agama, Yahudi tidak menjadikan seorang Yahudi kehilangan status Yahudinya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menjanjikan kepada kita bahawa kaum Yahudi akan dihapuskan, mereka akan dibunuh oleh umat Islam sehingga tidak ada yang tersisa seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ´Gharqad´, kerana ia adalah pokok Yahudi.” (Riwayat -Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan, adakah pokok ‘Gharqad’ ini akan menjadi tempat persembunyian mereka sehingga mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menanam pokok-pokok tersebut?Sudah tentunya mereka tahu kebenaran melalui hadis ini.

Yahudi! Yahudi! Percaya pada kebenaran Islam tetapi masih tidak mahu bersujud kepada Allah s.w.t. Jika benar, umat Islam perlu menebas semua pokok yang tidak memberitahu di mana Yahudi bersembunyi.

Yahudi! Yahudi! Adakah perkataan itu yang akan berbunyi yang diperkatakan pokok dan batu-batu apabila orang-orang Yahudi bersembunyi suatu hari nanti?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages