HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Thursday, October 28, 2010

Apa Ertinya Bersahabat?

Indah Khabar Dari Rupa


apa gunanya berteman...
andai tiada kejujuran dan keikhlasan...
hidup memang tak semudah yang kita sangkakan...
usah ditanya mana perginya teman..
andai tiada kesedaran dalam jiwa sendiri..
bila tertumpahnya setitik titik hitam di hati... tak bermakna lagi ikatan persahabatan kita...

apa ertinya bersahabat ..
andai tak mengerti antara satu sama lain..????

kawan makan kawan????

muka bertalam-talam...!!!!!!

benar kata pepatah...
lidah itu lebih tajam dari mata pedang....

fikir dahulu sebelum berkata-kata...
selidik dulu sebelum meluahkan..

mcm tue jugak.... bila dikatakan...
telajak perahu boleh diundur...
telajak kata..buruk padahnya...

hati mana yang tidak kecewa?????

bila hatiku terguris.....
usahkan lagi kau ubati dengan pujuk rayumu...


Hiduplah sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya,
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya....

Tuesday, October 26, 2010

eXaM oH eXaM


Salam ukhwah bertaut kepada semua sahabat yang dirahmati Allah. Setelah agak lama laman tinta ini dibiarkan sepi, kami kembali dengan kalam yang baru. Kesibukan dan komitmen masing2 kadangkala menjadi kekangan kepada kami untuk sentiasa memperbaharui entry di blog kami,

Assignment sudah, amali pun sudah.. sekarang tengah berjuang dan bergelut dengan masa nak prepare utk exam. Sebenarnya bila banyak masa terluang ni, banyak juga masa yg terbuang. Sedar tak sedar itulah kenyataannya. Setuju tak setuju itulah hakikatnya. Kecuali jika seseorang itu betul2 memelihara masanya.

Hmm…jadual exam pun da lama dikeluarkan oleh pihak yg bertanggungjawab.

Terima kasih kerana memudahkan kami membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Jasamu dikenang selalu..apa pun good luck ya sahabat2 sekalian. Lakukan yg terbaik dalam exam ni. Usahalah dengan bersungguh-sungguh kemudian berdoa dan bertawakkal lah kepadaNya tanda kebergantungan kita sepenuhnya kepadaNya…

Selamat beramal dan selamat menjalani ibadah dengan hati yg ikhlas dan disirami basahnya zikrullah…insyaAllah..Sekian, wallahu ta’ala ‘alam..


p/s: maaf ye kawan2..jadual exam tu kecik pulak..nak tengok jadual exam, leh klik kat link ni:

Syaitan Pun Terkejut??!

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.

Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud
pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.

selawat~

Monday, October 18, 2010

Tegur-menegurlah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ASSLAMUALAIKUM WR.WB..

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?
Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya....
~selawat
sumber:
www.iluvislam.com

"Saudara yang sebenar ialah org yg sentiasa berada disisimu ktka sush dan senang.
Dia mmbahayakan drinya demi kebaikkanmu,sanggup berkorban apa sahaja untuk kpntinganmu.."

Thursday, October 14, 2010

~PetikLah BuNgA itU WaHai KumBaNg Sakti~

www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak


Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]

Tuesday, October 12, 2010

eRti PeRsAhAbAtAn


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

Monday, October 11, 2010

Buih Cinta Kepada Tuhanku Allah

www.iluvislam.com
Oleh : Aftiey
Editor : doraemong13


Hari-hari yang ku lalui penuh dugaan. Sebagai pelajar agama , dugaan 'Virus Merah'menjadi salah satu faktor aku bermuram durjana. Pergi ke sekolah dengan keadaan tidak selesa dan muka masam mencuka. Kawan-kawanku ada juga yang bertanya. Pernyataan mereka tidakku jawab. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah rahsia.

Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, sehingga senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku , entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.

Hal-hal cinta ini semakin rancak apabila umurku 15 tahun. Kata orang umur 15 tahun memang zaman mencuba. Tapi adakah aku perlu mencuba bercinta? Sesekali soalan itu menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebagai seorang remaja, sememangnya soalan sebegitulah yang menemaniku setiap hari. Namun ku biarkan tanpa jawapan.

Seawal tingkatan 4, aku mengenali seseorang. Pastinya dia adalah seorang lelaki. Saat itu aku rasa duniaku berbunga-bunga. Seperti 'Aku Yang Punya' . Oh, indahnya cinta. Aku mula mengenalinya.

Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat. Akhirnya, dia meluahkan perasaan. Tanpa pengetahuan yang begitu mendalam, aku solat hajat banyak-banyak, minta ketenangan. Tapi, keresahan yang ku dapat.

Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, ku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?

**********




Hakikat cinta sebenar


Tahun berikut.

Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar).

Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama'.

Ku belek buku setebal 2 inci itu, dan membaca. "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM? Berdosa besar?".

Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Desis hatiku. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.

**********

Esoknya.

Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan
send.

Antara isi emel tersebut :

Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan rasulnya menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulnya maka sungguhlah di a telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab 33:36)

Ku tundukkan wajah, tanda puas. Keredhaan Allah mesti aku cari.

Selama 2 jam duduk berbalas
Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cuma kafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.

********


Monyetnya cinta kita


2 hari selepas itu.

Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal
MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan!

Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:

"Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak"

Aku dan keluarga berangkat ke majlis ilmu yang berlangsung di Kelantan. Kami sampai di rumah jam 11 malam. Oh, penat. Adik-adikku semuanya sudah tidur dibuai mimpi. Aku yang masih belum menunaikan solat Isyak, cepat-cepat menunaikanya. Ku sentuh dahiku. "Oh, masih demam lagi rupanya".

Sesudah solat Isyak, aku duduk diantara dua sujud, dan berdoa, kemudian meng
aminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.

Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada tuhan aku pohonkan.

Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang maha pengasih lagi mengetahui tentang diriku. Hamba seperti fakir miskin yang meminta diberikan sedekah. Sungguh hina diri hamba di hadapanmu ya ALLAH. Ampuni segala dosa-dosa hamba. Ampuni segala dosa kedua ibu bapa hamba. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam nerakamu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para walimu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah padamu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi.

Amiin Ya Rabbal Alamin...

Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah :
Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, ku merasa belum sempurna ibadahku. Ku membuka buku
Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama ku menunaikan solat sunat hajat. Kemudian, ku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam, Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya.

"Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini".

************



Taubat sebelum terlambat


Pada rakaat pertama, ku mulakan bacaan. Bacaanku tartil hari itu. Tajwid yang elok. Ku bangun, untuk rakaat kedua. Ku mulakan dengan Al-Fatihah, air mata ini tidak dapat ku tahan, kerana terasa kesyahduan solat malam kemudian ku membaca Surah Al-Asr. Ketika mengalunkan bacaan, terasa kakiku seperti ditarik. Tiada siapa yang mendengar pekikanku. Hanya Allah subhanahu wataala sahaja.

Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang. Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?

Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.

Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini.

Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Ku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah.

Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh tuhanku.

Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya.


(Artikel ini adalah artikel yang benar, berlaku dalam diri penulis. Semoga kita mengambil iktibar darinya, Insyaallah)

tAhUkAh AnDa????

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
Islam sebagai agama Allah mempunyai cirri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia.

RABBANI
la bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialah Wahyu Allah swt. Wahyu ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertama wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quraan dan keduanya dalam bentuk maknanya sahaja iaitu al-sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbeza dengan agama lain yang dicipta atau
dulhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah.

SYUMUL DAN LENGKAP
Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segala kepentingan mereka samada dalam bentuk daruruyyat, hajiyyat danjuga tahsiniyyat. lajuga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya samada dengan Allah, sesama manusia atau alam sekeliling mereka. Manakala agama ciptaan manusi tidak memiliki cirri-ciri ini kerana agama tersebut tidak menentukkan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan tidak menghubungkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, social, sains dan teknilogi mereka.

SEPADU DAN SEIMBANG
Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia., bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, serta pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.

Kesepaduan dan keseimbangan system Islam ini bukan sahaja dalam aspek huku hakam bahkanjuga dalam semua ciptaan Allah termasuklah penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan, bintang dan matahari, semuanya bersifat sepadau dan seimbang. Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohani danjasmani, dunia dan akhirat. Islam juga menjamin keseimbangan antara kehidupan individu dan masyarakat.

WAQU ATAU PRAKTIKAL
Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusi dalam seluruh bidang kehidupannya.

Dalam kontek ini seluruh system Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, sussana dan rupa bentuk kehidupan manusia yang tidak statis tetapi sebaliknya praktis.

TINGGI DAN AGUNG
Islam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud : " Sesungguhnya agama yang (diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam " {al-Imran:19}

Ketingian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa islam itu datang dari Zat yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai kedudukan yang tertinggijika dibandingkan dengan agama-agama lain. Malah adalah tidak wajar wajar rnembandingkan Islam dengan agama-agama budaya ciptaan manusia.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tingg darinya"

ALAMI DAN UNIVERSAL
Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi-semua tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada diplanet Marikh sekalipun. Firman Allah swt yang bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai sekelian manusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua". {Al-Araf: 158 }

Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam mampu menjamin kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka sepanjang masa.

Wednesday, October 6, 2010

.:uJiaN? pasTi aDa hIkmahNya:.


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."–Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRP SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

sesungguhnya ayat2 Allah adalah surat cinta yang sgt indah dan perlu didalami maksudnya...wassalam

Tuesday, October 5, 2010

tOkoh iSLaM

Syifa’ binti Abdullah al-Adawiyyah r.a.
Namanya Syifa’ binti Abdullah ibn Abd Syams al-Quraisyiyyah al-Adawiyyah. Ada pendapat mengatakan nama sebenarnya Laila binti Abdullah. Beliau adalah isteri kepada Abu Hathmah ibn Huzaifah ibn Ghanim al-Quraisy al-Adawi. Beliau dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hathmah, seorang lelaki yang dihormati sebagai orang yang kuat beragama di kalangan ummat Islam.

Kemuliaan

Nama adalah identiti dan pengenalan awal diri. Ia juga adalah sebuah doa dan harapan yang terawal dilakarkan oleh ibu bapa buat seorang anak. Sesuai dengan namanya Syifa’ memiliki kepakaran dalam istirqa’ iaitu suatu kaedah pengubatan dengan cara memberikan dorongan jiwa agar pesakit bermotivasi dan optimis untuk sembuh. Beliau adalah seorang sahabiah yang terkenal dengan kebaikan hatinya dan kepintarannya dan merupakan salah seorang daripada segelintir kau hawa Quraisy yang mahir menulis dan membaca. Beliau tergolong di kalangan sahabat dan sahabiah yang terawal memeluk Islam, ikut serta membaiah Rasulullah s.a.w. bersama sahabiah yang lain dan turut berhijrah ke Madinah.

Beliau turut memiliki kedudukan yang terhormat di sisi Ummahatul Mukminin, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. As-Syifa’ sentiasa datang menjenguk Ummul Mukminin, Hafsah dan mengajarkannya menulis. Rasulullah s.a.w. telah menyuruh as-Syifa’ mengajarkan Hafsah menulis dan cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah. Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Syifa’ binti Abdullah bahawa dia berkata: “Rasulullah s.a.w. datang menjengukku dan aku sedang bersama Hafsah. Rasulullah berkata kepadaku, “Ajarkanlah Hafsah cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah sebagaimana engkau mengajarkannya menulis.”

Rasulullah s.a.w. menghormatinya dan bersaliturahim dengannya. Rasulullah s.a.w. juga telah memberinya sebuah rumah di Madinah. As-Syifa’ telah tinggal di rumah tersebut bersama anaknya Sulaiman.


Kepakaran dalam Perubatan

Pada zaman jahiliyyah, Syifa’ binti Abdullah mengubati sakit kulit dengan menggunakan ruqayyah. Setelah memeluk Islam, dia telah datang bertemu Rasulullah untuk meminta izin agar dapat meneruskan pekerjaannya itu. Ibnu Qayyum berkata bahawa di zaman jahiliyyah as-Syifa’ menggunakan ruqayyah untuk mengubati penyakit kulit. Ketika turut serta dalam hijrah dan membaiah Nabi s.a.w. dia telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.:

“Ya Rasulullah, pada zaman jahiliyyah aku mengubati penyakit kulit dengan cara ruqayyah dan aku ingin memperlihatkannya kepadamu.”

Syifa’ berkata, maksudnya: “Dengan nama Allah, sampai kembali ke asalnya dan tidak membahayakan seseorang pun. Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini.”

Ibnu Qayyum berkata: “Syifa’ binti Abdullah membaca ruqayyah tersebut sebanyak tujuh kali ke atas sebuah dahan gaharu. Kemudian, dia menumbuknya sampai halus pada tempat yang bersih dengan menggunakan batu yang tajam. Setelah itu, dia akan menggoreskannya ke atas penyakit kulit tersebut.”

Setelah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w. beliau meneruskan pekerjaannya itu.As-syifa’ juga menyertai beberapa peperangan sebagai tentera dan juga pasukan perubatan.

Bersama Umar al-Khattab

Syifa’ binti Abdullah mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Umar al-Khattab r.a. sebagaimana mulianya as-Syifa’ di sisi Rasulullah s.a.w. Sayyidina Umar selalu mengutamakan as-Syifa’ dalam hal pandangan. Bahkan, beliau turut memberi kepercayaan kepada as-Syifa’ dengan melantiknya sebagai seorang qadhi di pasar. As-Syifa’ adalah Muslimah pertama memegang jawatan itu. Beliau memikul tugas tersebut dengan penuh amanah dan tegas.

Pada suatu hari, as-Syifa’ elihat sekelompok anak muda berjalan dengan perlahan dan bercakap dengan lambatnya. As-Syifa’ bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah ahli ibadah.” As-Syifa’ membalas: “Demi Allah! Dahulu Umar ibn Khattab berjalan dengan pantas, bercakap dengan lantang dan apabila memukul pasti sangat sakit dan dialah sebenarnya yang disebut sebagai ahli ibadah.”

Umar Ibn Khattab sentiasa datang menjenguk as-Syifa’ dan bertanyakan keadaannya, anak dan suaminya. Umar juga kerap membimbing mereka kepada kebaikan kalau keadaan memerlukan. Syifa’ binti Abdullah berkata: “Umar ibn Khattab datang ke rumahku. Dia melihat dua orang lelaki tertidur di rumahku (suami dan anak as-Syifa’). Umar ibn Khattab bertanya: “Ada apa dengan dua orang lelaki ini sehingga mereka tidak solat berjemaah dengan kami?” Aku menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Mereka berdua solat bersama yang lain – ketika itu bulan Ramadhan – mereka terus solat berdua sampai datang waktu Subuh. Setelah mereka solat Subuh, mereka tidur. Umar ibn Khattab berkata: “Solat Subuh berjemaah bersama yang lain lebih baik bagiku daripada solat sepanjang malam sampai datang Subuh.” Hal ini menunjukkan pemahaman fiqh Umar yang mendalam dan bimbingan halus daripadanya yang berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w dan anjuran untuk menghadiri solat jemaah.

As-Syifa’ dan Hadis Rasulullah s.a.w.

As-Syifa’ r.a. juga sempat meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. secara terus dan dari Umar al-Khattab. Adapun yang meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. daripada as-Syifa’ adalah anaknya Sulaiman, kedua cucunya Abu Bakar bin Sulaiman dan Utsman bin Sulaiman, hamba sahayanya Abu Ishaq dan Hafsah Ummul Mukminin.

Di antara riwayatnya, bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebaik-baik pekerjaan. Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah, jihad di jalanNya dan haji yang mabrur.”

As-Syifa’ menghabiskan hayatnya untuk menuntut ilmu, beramal, berzuhud dan beribadah sehingga ajal menjemputnya pada zaman khalifah Umar al-Khattab pada tahun 20H.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari Ilahi. Marilah kita berdoa: “Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini.”


Sunday, October 3, 2010

Sahabat....ujian ketabahanmu, dugaan kekuatan kami...

Pagi itu....
tanpa diduga firasat yang nyata...
sahabat,
kau diuji sekali lagi...
di depan mata..
kau tidak menyedarkan diri...

Sahabat,
Saat ku lihat matamu terpejam rapat...
Ku terus mendoakan agar kau selamat...
Saat tanganku kau genggam erat..
kudapat rasakan kau mencari secebis semangat...
di setiap nafas yang ku hela..
ku harapkan di setiap denyut nadimu ditiupkan kekuatan...
Ya Allah, Kau yang menghendaki hambaMu merasa kesakitan..
dan hanya Engkau yang berhak memberi penawarnya..

Sahabat..
tabahkan hatimu
setiap saat yang berlalu..
ku sertakan doa dan harapanku...
kerana Allah menguji ketabahanmu...
adalah juga kerana Allah menguji kekuatan kami..
untuk melihat benarkah ukhwah yang pernah dijanjikan suatu ketika dahulu..
untuk membuktikan apakah di situ ada rasa cintakan persaudaraan..
apakah silaturahim itu sudah mengenal apa itu erti perkongsian..
benarkah persahabatan itu sudah memahami apa itu makna pengorbanan...

Sahabat..
teruslah berjuang...
dan ingatlah kau tak pernah berseorang..
kerana kami di sini akan turut bersama malam dan siang..
tak kira apa yang mendatang...
kerana kau sahabat yang kami sayang..
kami doakan kau akan terus kuat..
menghadapi ujian ini di setiap saat...

Sahabat..
agar kau cepat sihat dan kembali seperti biasa..
kerana kami rindukan gelak dan tawa..
senyum dan tangis kita bersama...
moga ujian ini memberimu erti hidup yang sebenarnya...
berdoalah sentiasa..
kerana Allah tidak pernah mengabaikan hamba yang mendekatiNya..


Marilah kita menadah tangan dan berdoa agar sahabat kita sembuh dan dan kembali menjalani hari-harinya bersama kita semua...InsyaAllah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages