HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Thursday, July 29, 2010

Doa seorang muslimah...

“Ya Allah, segala puji bagiMu tuhan sekalian alam..Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sebenar, agar kami sentiasa ikhlas berjihad di jalanMu. Tuhan yang Maha Berkuasa, Kau kuatkan langkah-langkah kaki dan semangat kami dalam mencari redhaMu. Ya Allah tuhan yang menguasai dunia ini, mudahkanlah segala urusan kami dalam mensyariatkan dan mendaulatkan agamamu.” Amien ya Rabbalamin

Tuhanku..

Aku berdo'a untuk seorang mujahid yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu

Seorang mujahid yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau

Seorang mujahid yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting

Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau

dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya

Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas

Seorang mujahid yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku

Seorang mujahid yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tapi karena hatiku

Seorang mujahid yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi

Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Tuhanku...

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,

sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu

Seorang mujahid yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya

Seorang mujahid yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya

Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku...

Aku juga meminta,

Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga

Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu

Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya

Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya

Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,

mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:

"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna." Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.Amin....

Tuesday, July 27, 2010

ALLAHUAKBAR...betApA kuAsAmU Ya RabB


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

ToLOnGLaa dENgAR SuARa rAkYAt

Sesungguhnya pemerintah yang soleh dari kalangan salafussoleh dahulu memahami hakikat betapa pentingnya teguran dan nasihat daripada rakyat. Tuntas mereka memberi ruang bagi memudahkan serta melancarkan lagi proses ini tanpa sebarang halangan atau undang-undang yang menyekat dengan mewujudkan pelbagai protokol yang melampau. Bahkan sangat uniknya, kita dapati sebahagian mereka menawarkan dirinya agar seluruh rakyatnya menyiasat serta meneliti setiap tingkah lakunya dalam pengurusan dan pentadbirannya. Hal ini dilaksanakan bagi memudahkan bagi membetulkan setiap kesilapan yang kadang-kadang berpunca daripadanya selagimana mereka mengikhlaskan dirinya dan mencari keredhaan Allah s.w.t dalam pemerintahannya dan kekuasaannya.

Hal demikian bukan sekadar teori indah sebagai pemanis kata-kata atau slogan kosong untuk mendapatkan sokongan ataupun memancing undi, bahkan ia merupakan suatu perkara yang dapat direalisasikan dalam kehidupan. Kita dapat melihat hal demikian sebagaimana yang direalisasikan oleh Saidina Abu Bakr as-Siddiq r.a dalam ucapan ucaptama beliau tatkala menerima perlantikan sebagai khalifah Islam;

فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِيْنُونِي وَإِن أَسَأْتُ فَقَوِّمُونِي أَطِيعُونِي مَا أَطَعْتُ اللهَ وَرَسُولَهُ فِيكُم

"…sekiranya aku berbuat baik, bantulah aku. Tetapi jika aku melakukan kejahatan, maka luruskanlah aku! Taatilah aku selagimana aku taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya dalam (mentadbir urusan) kamu".


Tauladan terbaik ini tidak terhenti pada saat itu sahaja, malah diteruskan lagi oleh pengganti beliau. Kita melihat realiti dalam ucapan Amirul Mukminin 'Umar Bin al-Khattab, hayatilah kata-katanya;

مَن رَأَى مِنكُم فِيَّ اعْوِجِاجًا فَلْيُقَوِّمْهُ

"Sesiapa antara kalian yang melihat pada diriku sesuatu penyelewengan, maka hendaklah kamu meluruskannya".

Prinsip Saidina ’Umar menarik Syeikh Abdul Aziz Al-Badri menterjemahkan maksud amanat tersebut;
“Tidak terlaksana maksud 'meluruskan' dalam perkara yang membabitkan pemerintahan melainkan dengan cara mengkritik. Islam mewajibkan keatas setiap pemerintah yang menguasai pentadbiran urusan muslimin agar mendengar dan berlapang dada terhadap sesiapa sahaja yang mengkritiknya, sebagaimana ia diperintahkan agar tunduk kepada kritikan ini selagimana ia bertepatan dengan perundangan dan hukum-hukum Islam. Sekaligus Islam melarang sebarang siksaan yang boleh menyakiti dan ancaman terhadap mereka yang mengkritik dan membangkangnya, sekalipun menerima kritikan yang pedas ataupun dengan kata-kata yang keras dan tajam”. (Abdul Aziz al-Badri, al-Islam Baina al-Ulama’ Wa al-Hukkam; 71)

Memahami hakikat inilah yang membuatkan Khalifah ’Umar mendengar kritikan Arab Badwi dengan lantang menyebut, "Demi Allah s.w.t, wahai ‘Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!"

Apakah tindakan ‘Umar tatkala mendengar kenyataan sekeras ini? Beliau memenjarakan tanpa bicara arab badwi itukah? Atau menarik bantuan kepadanya? Atau menghalau lelaki ini?. Jauh sekali untuk ‘Umar bertindak sedemikian. Saidina 'Umar menerima jawapan itu dengan pujian dan penuh rasa gembira, beliau menjawab;

الحَمْدُ لِلهِ الَّذِي جَعَلَ فِي أُمَّةِ مُحَمَّدٍ مَن يُقَوِّمُ عُمَرَ بِسَيْفِهِ

"Alhamdulillah, pujian bagi Allah s.w.t yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan 'Umar dengan pedangnya".
Demikianlah Amirul Mukminin 'Umar yang merelakan dirinya untuk diperbetulkan dan diluruskan setiap kesalahan sekalipun diperbetulkan kesalahannya dengan pedang! Ya, dengan pedang yang tajam, bukan setakat lontaran kata-kata yang menikam sahaja malah dengan pedang yang menghunus.

Kata-kata Khalifah bukanlah suatu manisan dibibir namun ia adalah suatu hakikat. Mendengar teguran kepada Saidina 'Umar; "Bertaqwalah kepada Allah wahai 'Umar!". Salah seorang yang hadir dalam majlis itu menjawab, "Berani kamu berkata demikian terhadap Amirul Mukminin!". Namun Saidina 'Umar menjawab dengan mutiara kata yang indah;

لَا خَيْرَ فِيكُم إِن لَم تَقُولُوهَا وَلَا خَيرَ فِينَا إِن لَم نَسْمَعْهَا

"Tiada kebaikan bagi kamu (rakyat) jika kamu tidak menyatakannya, dan tiada kebaikan bagi kami (pemerintah) jika kami tidak mendengarnya".

Mungkin kata-kata Amirul Mukminin Saidina 'Ali Bin Abi Thalib tatkala mewasiatkan kepada semua gabenornya yang terakam dalam kitab Siraj al-Muluk dapat disematkan dalam sanubari;

فَطُوبَى لِذِي قَلْبٍ سَلِيمٍ أَطَاعَ مَن يَهْدِيَهُ وَيَجْنِبُ مَن يرْديَهُ وَأَصَابَ السَّلَامَةَ بِبَصْرِ مَن بَصَرَهُ وَطَاعَةِ هَادٍ أَمْرِهِ

"Beruntunglah mereka yang mempunyai hati yang sejahtera, yang taat kepada sesiapa yang menunjukkan jalan hidayah kepadanya dan menjauhi sesiapa yang membawanya kepada kejahatan. Selamatlah sesiapa yang mengikuti petunjuk yang diberi dan selamatlah mereka yang mengikuti perintah yang disampaikan oleh pemberi petunjuk tadi".
Betapa malangnya dan sangat menyedihkan pada hari ni, pemerintah dan menteri-menterinya beserta kuncu-kuncunya tidak merelakan dirinya untuk ditegur dan dinasihati kesilapan mereka walaupun dengan perkataan. Dengan perkataan! Jauh sekali untuk diperbetulkan dengan pedang. Oleh itu, dalam isu judi bola ini, para pemimpin kerajaan, sedarlah tatkala Allah menghantar para ulama' untuk menyedarkan kamu sekalian, sebelum Allah menghantar Malaikat Maut menegur kamu dan menghantar Malaikat Mungkar dan Nakir untuk menyedarkan kamu!

tEkA-tEki ImAm aL-ghAzALi

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka-Teki) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan dirikita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

(Maksudnya ramai orang yang tidak beriman meringankan solat gara-gara sibuk dengan hal dunia sedangkan solat sepatutnya tidak boleh ditinggalkan)

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang! “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

kiSah ruMput daN oRaNg YaNg diSaYaNgi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantiktanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantikmaka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungantersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

SeHaRuM MaWaR MeRaH, SeHAruM itULah bUNgA uKhWaH..
BaJai iA DeNgAn mAwAdDah,mOgA mEkAr di TaMaN JaNnAh..

Monday, July 26, 2010

NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir baginda telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah baginda selesai sembahyang, baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Sebagaimana yg kita sedia maklum, apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah.

Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.

Seperti yang selalu saya alami, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca Al-Quran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca Al-Quran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan. Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith palsu, dan hadith palsu hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu.

Saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja.

Waallahua'lam....

Sunday, July 25, 2010

6 ALASAN MENGAPA 'SAYA' MENGHAMPIRI ZINA

MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi apabila saya menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagipun kami bukannya apa-apa. Tetapi bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah: (Surah Al-Israa':32)
"Dan janganlahkamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."

p/s:
alasan-alasan tersebut sudah kukuh memperlihatkan manusia seperti ini sangat berani masuk neraka..inilah tandanya dunia akhir zaman..
jangan buang bayi...

Saturday, July 24, 2010

POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, trdpt sebtg pokok epal yg amat bsr. Seorg kanak2 lelaki begitu gemar bermain2 di sekitar pokok itu. Dia memanjat pokok itu, memetik serta memakan epal sepuasnya. Adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal itu. Bdk itu sayang dgn tmpt permainannya. Pokok epal itu jg suka bdk trsebut.

Masa berlalu...bdk lelaki itu sudah bsr dan menjd seorg remaja. Dia x lagi mghabiskan masanya bermain di sekitar pokok itu. Namun begitu, suatu hari dia dtg kpd pokok epal dgn wajah yg sedih.

"Marilah bermain2 di sekitarku,"ajak pokok epal.

"Aku bkn lagi kanak2, aku x lagi suka bermain dgn engkau,"jawab bdk itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang utk membelinya,"tambah bdk itu dgn sedih.

Lalu pokok epal berkata,"Kalau begitu, petiklah epal2 yg ada pdku. Jualkannya utk dptkan wang. Dgn itu kau dpt beli permainan yg kau inginkan.

Bdk remaja itu dgn gembira memetik semua epal dan pergi dr situ. Dia x kembali lagi slps itu.Pokok epal merasa sedih.

Masa berlalu...
Suatu hari, bdk remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal sangat gembira.

"Marilah bermain 2 di sekitarku,"ajak pokok epal.

"Aku tiada masa utk bermain. Aku terpaksa bekerja utk mendptkan wang.Aku ingin membina sebuah rumah sebagai tmpt perlindungan utk keluargaku.Bolehkah kau menolongku?"tanya bdk itu.

"Maafkan aku. Aku tidak punyai rumah tetapi kau blh memotong dahan2 aku yg bsr dan kau buatlah rumah drpdnya."

Lalu bdk yg semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal dan pergi dgn gembira. Pokok epal pun tumpang gembira tetapi merasa sedih krn bdk itu x kembali lagi slps itu.

Suatu hari yg panas, seorg lelaki dtg menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya bdk lelaki yg pernah bermain2 dgn pokok epal itu.Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain2 di sekitarku,"ajak pokok epal.

"Maafkan aku tetapi aku bukan lagi bdk lelaki yg suka bermain2 di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku punyai cita2 utk belayar. Malangnya aku tidak ada bot. Bolehkah kau tolongku?tanya lelaki itu.

"Aku x punyai bot utk diberikan tetapi kau blh potong batang pokok ini utk dijadikan bot. Kau akan dpt belayar dgn gembira,"cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa gembira dan menebang batang itu dan terus pergi dan tidak kembali lagi.

Namun begitu, pd suatu hari , seorg lelaki yg semakin dimamah usia dtg menuju pokok epal itu. Dia adalah bdk lelaki yg pernah bermain di sekitar pokok epal.

"Maafkan aku. Aku x ada apa2 lagi nak diberikan. Aku sudah berikan buahku utk dijual, dahanku utk kau buat rumah, batangku utk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dgn akar yg hampir mati..."kata pokok epal itu dgn pilu.

"Aku x mahu epalmu krn aku sudah tiada gigi utk makan, aku x mahu dahanmu krn aku sudah tua utk potongnya, aku x mahu batangmu krn aku x berupaya utk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,"jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku,"cadang pokok epal itu.
Lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu. Lalu mereka berdua menangis kegembiraan.

p/s:
pokok epal itu adalah kedua ibu bapa kita. fikir-fikirkanlah. bagaimana layanan kita terhadap mereka.

Tuesday, July 20, 2010

sANah HeLwAh yA sOdiqAti


Salam mahabbah salam ukhwah kepada semua..bersyukur kepadaNya kerana kita masih diberi peluang untuk menghembuskan nafas dan merasai nikmat islam dan iman..Dengan izinNya,kita masih berdiri sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini yang mana di setiap bahu kita terpikul tanggungjawab dakwah dan jihad di jalanNya.Dan dakwah yang paling hampir dengan kita dan yang insayaAllah mampu kita laksanakan ialah menghidupkan sunnahRasulullah S.A.W.

Sedar tak sedar hari ini sudah pun menginjak ke 20 Julai. Satu tanggal yang membawa makna dalam hidup seorang insan yang bernama Nur Ilyana Amani. Satu tanggal yang menjadi titik bermulanya pengembaraan menuju destinasi yang abadi. Abadi yang kekal abadi. Kepada Yana, kami semua ucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke-19. Semoga hari-harimu yang mendatang diberkati serta dipayungi rahmat dan redhaNya.Sempena hari bahagia ini, terimalah titipan ini sebagai hadiah dari kami...


N= Namamu terukir insan pilihan
U= Untuk menjadi mata rantai perjuangan
R= Ranjau dan duri pasti meguji kesabaran

I= Ingatlah wahai sahabatku
L= Lembaran perjuangan kita belum selesai
Y= Yakinlah Dia kan tetap bersama
A= Andai kau rebah bangkitlah semula
N= Namun jangan sesekali berputus asa
A= Aku kan berdiri dan bertatih bersama

A= Andaiku gugur sebelum masamu
M= Menghadap Illahi mendahuluimu
A= Aku doakan setiap perjuanganmu
N= Niatkanlah ia semata Allah dan agamamu
I= Ingatlah aku di kala rintih doamu


SeHaRuM MaWaR MeRaH, SeHAruM itULah bUNgA uKhWaH..
BaJai iA DeNgAn mAwAdDah,mOgA kekAL MeNuJu JaNnAh..

Monday, July 19, 2010

FLoRiA Oh FLoRiA




assalamualaikum para sahabat sekalian..
kaifa imanukum haza yaum??
la'alla bikhair...insyaAllah..


Tanggal 18 Julai 2010 melakarkan satu lagi detik keindahan..
bersama sahabat-sahabat yang disayangi,menuju ke pameran floria di putrajaya..
alhamdulillah,segalanya dipermudahkan olehNya..walaupun pada ketika detik2 terakhir kami berangkat pergi,langit tidak begitu cerah menandakan awan ingin menghamburkan segala isinya tetapi kami tetap sampai ke destinasi yang sedia dirancang..



sampai je kat sana, pandangan pertama disapa keindahan bunga-bunga yang mekar segar di setiap taman yang dipamerkan..indanya ciptaan Allah..tiada tandingan sama sekali..
selama lebih kurang 3 jam kami berpusing-pusing di sana, dapatlah kami merakam sedikit sebanyak keindahan tersebut dengan izinNya..











semua bunga2 ni memang yang real punya..










Sesungguhnya ciptaan alam ini merupakan salah satu tanda kekuasaanNya yang mencipta apa sahaja yang dikehendakiNya..









antara koleksi bunga yang sempat dipotretkan..






















Sang suria tersenyum indah,
melakar hari di waktu pagi,
indah sungguh ciptaan Allah,
menyejukkan mata mendamaikan hati.




pergi si dara ke Sungai Capah,
turun ke kali menangkap ikan,
terjalin ukhwah bersulam mahabah,
moga silaturahim utuh berkekalan.







SeHaRuM MaWaR MeRaH, SeHAruM itULah bUNgA uKhWaH..
BaJai iA DeNgAn mAwAdDah,mOgA kekAL MeNuJu JaNnAh..

Sunday, July 18, 2010

APAKAH MAKNANYA?

Pernah aku bertanya
Siapa itu kawan?
Dan ayah berkata
Kawan bagaikan mutiara
Sekali digilap sekali berkilat..

Aku menyoal lagi
Erti teman?
Ibu menjawab
teman seperti burung
disiul takkan hadir
jika ditabur beribu datang menghimpit..

maksud rakan?
Aku bertanya
kali ini abang memberitahu padaku
rakan seperti lebah
habis madu sepah dibuang

Dan kini aku sedar
mencari sahabat sejati
bagai mencari intan di lautan kaca
memang sukar dijumpai
walaupun puas kita mencarinya
kerana mereka adalah
golongan satu dalam seribu..

Saturday, July 17, 2010

SAHABAT ATAU KAWAN?

Sahabat itu sejati..tapi kawan itu tak pasti..
Sahabat sukar dicari..tapi kawan sedia menanti..
Sahabat sentiasa di sisi..tapi kawan cuba untuk lari..
Sahabat tak boleh ditukar ganti..tapi kawan hanya di masa ini..
Sahabat di kala suka dan duka..tapi kawan di waktu gelak ketawa..
Sahabat akan kekal abadi..tapi kawan hanya kekal untuk sehari..
Sahabat saling menyayangi..tapi kawan akan memusuhi..
Sahabat sukar dibandingi..tapi kawan sentiasa menunding jari..
Sahabat sentiasa memaafi..tapi kawan pentingkan diri..
dan ketahuilah...kau adalah SAHABATKU..

kasih Tuhan

Sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertanya kepada Iblis, " Wahai Iblis laknatullah, apakah ikhtiar kamu sekarang keatas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk meneyelamatkan bani Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah S.W.T..."

" Syaitan mahu menyesatkan manusia sejauh-jauh kesesatan."
Surah An-Nisa:60

Iblis mengangkat kepalanya ke hadrat Allah S.W.T, lalu berkata, " Ya Rabbi! Demi kemulian-Mu, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik anak Adam melakukan kerja-kerja maksiat selagi mereka masih bernafas, dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul secara bebas supaya hamba mencelah di dalamnya."

Kemudian turun firman Allah yang bermaksud, " Hai Mala'un, demi kebesaran-Ku! Bahawasanya Aku akan sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun kepada-Ku."

Rasulullah S.A.W bertanya pula, " Wahai Iblis laknat, apa lagi yang engkau musykilkan?" Iblis lalu menjawab, " YA Rasulullah S.A.W, sebenarnya hamba hairan dengan perangai umatmu dalam dua perkara:
1) Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T padahal mereka itu taat kepadaku dengan melakukan maksiat,
2) Mereka sangat marah kepadaku, tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."

Allah S.W.T berfirman, " Hai Mala'un! Demi kemulian-Ku dan Kebesaran-Ku, sesungguhnya umat Muhammad itu dua kebahagian:
1) Kasih mereka itu kepada-Ku maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang telah mereka lakukan kerana pendayaan kamu,
2) Marah mereka kepada kamu Aku jadikan kafarah bagi maksiat yang mereka lakukan kepada-Ku."



Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya, " Selalulah kamu ucapkan La Ilaha Illallah dan beristighfar kepada Allah S.W.T dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu kerana Iblis berkata, " Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan La Ilaha Illallah dan istighfar."
Riwayat Abu YA'ala r.a

Rujukan: Salman Al-Farisi (2009). Himpunan Kisah-Kisah Teladan Siri 1, Kuala Lumpur, Penerbitan Nurulhas

persahabatan yang dibina atas dasar taqwa....

Untukmu yang bernama teman,
Ingin aku hadiahkan sebaik-baik kalungan,
Seindah-seindah anyaman,
Dari seharum-harum bunga,
Kerana hati yang terpahat ini,
Saban hari semakin menyayangi,
Nilaian yang sama-sama kita kecapi,
Kenangan yang tak sudah-sudah kita lakari,
Kerana aku perantau,
Yang kerap menapak dan menjajah,
Walau dalam makna yang sementara,
Walau secebis semangat didada.
Contohku adalah kamu,
Kerana tamsilanmu adalah Rasulku,
Manusia agung karya Ilahi,
Pembimbing umat ke jalan abadi

Aku ingin melihat,
Rencana yang sama-sama kita bentangkan,
Bersemadi dalam hati-hati manusia,
Bersemi dalam peradaban ummah,
Tidak akan pernah cukup,
Apa yang kita lemparkan,
Kerna apa yang bakal dituntut,
Itulah yang kita khuatirkan.
Teman Bangkitkan kembali nostalgia itu,
Bersama ukhwah kita adun kembali,
Demi saat yang bakal kita miliki.
Teman,
Jangan mudah kita menafsir,
Mimpi indah kini,
Yang bukan untuk dirai,
Tetapi lihatlah ia,
Sebagai penterjemah diri,
Dikala kita beruzlah sunyi
Menghadap Ilahi.

sahabat sampai akhir hayat...

Friday, July 16, 2010

Akhirnya....kami punya blog sendiri



Salam ukhuwah buat sahabat2...Selawat serta salam ditujukan khas buat junjungan terbesar Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta ahli bait, serta tidak dilupakan buat pejuang-pejuang agama Allah yang tidak pernah penat dan lelah menegakkan kalimah suci...moga kita bersama tergolong dalam golongan tersebut...amin...

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-NYA, akhirnya kami berjaya menghasilkan blog untuk kelas kami PPISMP 3.05 pengkhsusan pendidikan Islam. Harapan kami agar blog ini dapat menguatkan lagi ikatan ukhuwah antara kita dengan ikatan akidah yang kukuh dan seterusnya kita dapat menyampaikan sesuatu buat para pengunjung....
Semoga blog ini dapat memberi manfaat pada semua dan dibalas oleh Allah dengan balasan yang stimpalnya...amin...

"Apa yang aku cari DAMAI buat umat ini......"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages