HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Monday, June 20, 2011

Ahlan Wa Sahlan,Ya Asdiqa'

Sebelum lanjut menukilkan kata, selamat kembali diucapkan kepada sahabat-sahabat semua setelah 3 minggu bercuti. Semoga cuti yang berlalu menambahkan keazaman dan semangat untuk kita menghadapi semester baru yang pastinya lebih mencabar dan semakin sukar. Walau apapun, just think positive. Tiada kejayaan berhasil ditempa tanpa kesukaran dan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Kita mahu, kita perlu cari jalan untuk mendapatkannya.

Sebagaimana firman Allah:

..."Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri"...
(surah Ar-Ra'd: ayat 11)
Allah sendiri menyuruh kita mendahulukan usaha jika kita mahu melihat hasilnya. Jadi sempena semester baru ini, mari kita mengorak langkah dengan semangat dan keazaman yang baru. Mudah-mudahan pada kali ini kita lebih tabah dan bersedia dalam mempersiapkan diri sebagai seorang murabbi yang akan berbakti suatu hari nanti.

Namun selain itu, ada sesuatu yang leih penting untuk diumumkan dan diraikan. Pimpinan baru. Semester baru, baju baru, wajah baru, semangat baru, niat yang baru. Mestilah ada juga pimpinan yang baru. Tahniah kepada saf kepimpinan kelas PISMP 2.05 yang baru dilantik pada pagi tadi.

Ketua kuliah: Mohd Norakmal bin Salmi
Penolong K.Kuliah: Nur Su'aidah binti Ismail
Setiausaha: Nor Maliza binti Mohamad Suhaimi
Naib Setiausaha: Muhammad Hafiz bin Sahuddin
Bendahari: Nur Ilyana Amani binti Mohd Nasir

Selamat menjalankan tugas kepada kalian. Kerana sesuatu tugas itu walau ianya kecil namun ia tetap amanah. Mungkin menjadi jawatankuasa kelas tidak segah jawatan Menteri Besar,tidak sehebat kedudukan Perdana Menteri Malaysia kononnya. Tapi hanya satu yang perlu kita ingat, apabila kita memimpin,pimpinlah dengan sebaiknya. Jangan kita memudaratkan golongan yang kita pimpin kerana suatu hari nanti kita akan dipersoalkan semula tentang kepimpinan kita.

"Semua kamu adalah gembala dan kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya"
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Juga bagi ahli kelas yang lainnya, sama-samalah kita memberikan kerjasama dan dokongan untuk memastikan kepimpinan semester kali ini lebih mantap dan sistematik. InsyaAllah. Akhirul qalam, selamat menempuh semester baru dengan semangat dan keazaman yang baru. Tajdidul niat dan bersama kita istiqamah di jalan dakwah Allah. Wallahu'alam.

p/s: Start minggu ni sebelum kita disibukkan dengan banyak perkara, jom kita sempurnakan MQA. Sesiapa yang belum melengkapkan mana2 presentation, sila berbuat demikian dan hantar kepada ajk setiap subjek untuk membolehkan setiap tajuk dapat disusun dan diserahkan kepada ajk MQA kelas. tQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages