HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Wednesday, December 1, 2010

~ iMeJ sEoRanG gAdiS ~

Imej??? Apakah kepentingannya? Imej adalah elemen penting dalam mencerminkan keperibadian seseorang. Melalui imej yang ditonjolkan, masyarakat mentafsirkan watak dan sikap seseorang. Sebagai seorang gadis mahupun wanita, semestinya imej yang terbaik mesti dipaparkan apatah lagi apabila kita bergelar muslimah. Sama-samalah kita menyelidik diri kita selaku seorang muslimah, dimanakah imej kita? Cuba kita telusuri kata-kata Sayyidina Umar r.a.:

“Kita merupakan satu kaum yang Allah muliakan dengan Islam dan apabila kita mengambil selain daripada apa yang Allah muliakan kita, nescaya Allah akan menghina kita.”

Begitu jugalah halnya dengan kita sebagai seorang gadis yang memegang title muslimah. Selagi kita cuba dan terus mempraktikkan nilai-nilai Islam dalam semua sudut sama ada dari segi etika berpakaian, pergaulan, percakapan dan seterusnya selagi itulah Allah memuliakan kita, jika sebaliknya yang dibuat, jadilah kita sehina-hina makhluk.

Kalau dilihat dalam realiti masyarakat, gadis yang bertelekung labuh dan berbaju kurung, lebih dihormati daripada gadis yang berseluar jeans, perempuan yang duduk di rumah lebih disegani daripada yang merayau di jalan-jalan dan wanita yang cakapnya lemah-lembut dan bertapis lebih disayangi daripada bermulut murai.

Dari Abdullah binUmar r.a., sabda Rasulullah s.a.w.:

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”

Riwayat Muslim.

Pada asasnya, untuk membentuk imej yang baik, bermula daripada keimanan yang mantap kepada Allah Taala dan Rasul-Nya, dan keimanan inilah yang dapat memancarkan imej yang baik. Apabila seseorang itu beriman, pasti dia akan mengikut segala perintah Allah. Jika Allah mewajibkan menutup aurat, daripada dilihat oleh orang asing, dia akan menutupnya, kalau Allah menyuruhnya menjaga penglihatannya dari melihat perkara maksiat, dia akan patuh. Dan jika Allah dan Rasul mahukan agar seseorang muslimah itu bersifat dengan sifat mahmudah: rajin, sabar, taat, redha dan berkasih sayang, dialah orang yang paling patuh kepada Allah. Pendek kata, imanlah yang membentuk IMEJ.

Akhlak yang baik, imej yang bersih adalah buah terhadap pohon iman yang ditanam, disiram dengan air takwa yang dibajai dengan ilmu yang betul.

Oleh itu, sama-samalah kita memperlengkapkan diri dengan ilmu dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Ilmu tanpa amal tidak berguna umpama pokok yang tidak berbuah, bahkan bunga pun tiada……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages