HaRgAiLah SebUah PeRtEmUaN keRaNa Di SitU bErmULaNyA kEriNdUaN, hArgAiLah sEbUah PeRkeNaLaN kEraNa Di SitU teRukiRnYa kEikhLaSaN, hArgAiLah sEbUah pErSahAbAtAN kEraNa di SitU LahiRnYa pEngOrbAnAN, hARgaiLah sEbUah peRciNtaAN kEraNa Di siTu HadiRnya keSetiAaN, hArGaiLah kEseMuaNya keRaNa iA meRupAkAn RahMat DaRi TuhAn..

..KITA BERSAUDARA..

Saturday, May 21, 2011

INGAT LAGI TAK???


Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...


Kawan2, ingat lagi tak lagu ni? Kita pernah nyanyi sama2 kan?Dengan dingin air, hijau pohonan, semuanya jadi saksi betapa semangatnya kita nyanyi lagu ni. Rindu tak saat tu? Rindu kan. Rasa macam nak putar balik masa sebab nak rasa lagi perasaan macam tu. Kit saling meluah, sama2 dah berkongsi rasa. Suka dan duka.

Cuba tengok balik lirik kat atas ni. Best tak? Best kan. Tapi perasan tak, lirik ni betul2 menggambarkan persahabatan kita. Memang betul. Tak semua part dalam hidup kita ni indah2 belaka. Akan ada time kita rasa down sangat. Rasa kecik hati, rasa tersisih, rasa jauh antara satu sama lain. Benda tu biasa dalam sesuatu perhubungan. Tapi kita jangan biasakan sampai jadi virus dalam ukhuwah kita. Bila ada masalah, sama2 kita selesaikan dengan cara paling berhemah. Itu jalan keluar yg sebaiknya. Betul tak?(angguklah...angguklah)

heheh...emosional pulak. Mestilah sebab setiap manusia ada perasaan dan setiap kita cubalah berusaha untuk faham dan jaga perasaan antara satu sama lain. Sebab sahabat yg kita duk berkomunikasi hari2 tu bukan kasut bola, bukan cawan McD, bukan jugak roti gardenia. Tapi mereka ialah manusia yang setiap seorang mempunyai perasaan dan hati. Kan kan kan???So, sebelum kita nak orang faham kita, kita cuba faham orang. sebelum kita nak orang selami situasi kita, kita cuba selami situasi sahabat2 kita. Kalau semua orang cuba dan bersedia untuk berbuat demikian, insyaAllah ukhuwah kita akan terasa lebih indah....

Hmm...dah la kot..Harap2nya sahabat2 menerima mesej ini dengan jelas dan juga dengan hati yg terbuka...kerana ukhuwah,kita akan belajar bagaimana bersikap berlapang dada. Kerana ukhuwah, kita akan tahu bagaimana manisnya ukhuwah yg sebenar2nya....takbir!!! ALLAHU AKBAR!!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!!


“orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,
supaya kamu mendapat rahmat.”

(surah al-hujurat:10)

Tuesday, May 10, 2011

PERJUANGAN.....OH PALESTINE

Dari jauh aku melihat dengan amat dekat,
Berabad awan lara itu bermukim di langit dukamu,
Mendung gelap menggugurkan hujan-hujan peluru,
Dentuman guruh adalah ledakan bom yang bertalu,
Pancaran kilat adalah kelibat kilauan roket–roket,
Meledak disetiap penjuru alammu,

Yang telah kau redha dengan kententuan takdir, ujian Allah itu Maha Getir,
Tatkala engkau tak punya masa untuk bermimpi,
Tatkala setiap jengkal bumimu dirampas bangsa terkeji,
Membunuh zuriat-zuriat pembela, melenyapkan nyawa pejuang agama,
Namun, satu yang pergi, seribu Allah ganti.

Dan aku pun kehilangan kata-kata untuk menafsir liang-liang lukamu
di mana-mana,
Kereta-kereta kebal, jet pengebom, bedilan fosfuros yang menembus
dan meluluh, menghancur lumat jasad setiap umur,
Namun, tak termampu menggugat walau sedikit semangat jihad,
Yang telah kalian warisi atas sumpah menegak hakiki,
Aku melihat airmata merahmu gugur meresapi tanah-tahan suci.

Kau masih bertahan dan menahan,
Yang kau kata inilah keindahan menjunjung kalimah syahadah,
Menegak kebenaran, mempertahankan watan,
Seteguh iman semerbak harum darah syuhadamu,
Yang masih terpercik, menyala panas di Tembok Gaza,
Seagung teguh tegaknya Masjidil Aqsa.

Engkau pasti akan menjulang kedaulatan di hujung cerita ini,
Mengalunkan irama damai di bumi sendiri,
Bangkit dari celahan luka-luka parah, untuk menyambut janji Ilahi,
Balasan untuk ahli-ahli Syurgawi,
Aku cukup yakin... Suatu hari nanti.

Nukilan rasa,
Jais Jamil
UTM SKUDAI
September 2010
(Telah dideklamasikan pada Malam Puisi Riong yang lalu di Universiti Teknologi Malaysia)

Sunday, May 1, 2011

MATANG?BILA TU?

alt


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages