Suatu petang, ada seekor monyet ni tengah bertenggek atas pokok kelapa. Tiba-tiba bertiuplah angin yang sangat kuat sehingga menyebabkan monyet tadi berpaut pada pokok dengan lebih kuat kerana takut jatuh ke tanah.
Selang beberapa ketika, angin tadi pun reda. Kemudian, angin bertiup syahdu. Atau bak kata orang, sepoi2 bahasa.
Monyet tadi sungguh selesa dan leka menikmati tiupan angin tersebut. Dan ketika itulah, monyet tadi terjelepuk ke tanah tanpa sempat dia berpaut lagi.
What's the moral from this story?
The moral is:
1. jangan suka rasa terlalu senang sehingga kita lupa bahaya yang bakal menimpa
2. jangan ambil mudah dalam sesuatu perkara
3. jangan lupa diri di waktu senang
Related nya dengan kehidupan, ia memberi pengajaran yang sangat besar untuk kita sebagai manusia walau modelnya hanyalah seekor monyet. Suka untuk aku mendatangkan cerita ini walaupun mungkin ramai di antara kita telah membacanya berulang kali. Cerita yang nampak santai namun punya makna yang tersirat dan dalam.
Kita sebagai manusia sekalipun, sering melakukan seperti apa yang ditunjukkan oleh monyet di atas. Waktu diuji Allah dengan kepayahan dan kesempitan, kita tanpa disuruh bermunajat panjang di tikar sejadah. Namun, lihatlah diri kita tika senang dan lapang. Kita merasa terlalu selesa sampai tidak sedar kita terlalu lalai dan akhirnya kita tersungkur terus. Lain keadaannya bila kita diuji dengan hebat, kita pada waktu itu berusaha memperbanyakkan ibadat dan sedaya mungkin cuba bertahan dari dipukul dugaan yang mendatang. Namun, bila senang melewati kita, kita terus melupakan apa itu "kesusahan". Inilah kealpaan kita. Kealpaan bagi mereka yang bernama insan.
Bukan menuding pada sesiapa. Walhal, ini adalah untuk peringatan bersama. Kerana kita yang bernama insan sering lupa dan alpa. Kita perlu pada mereka yang sentiasa sudi untuk mengingatkan. Bukankan Allah telah berfirman dalam Surah Al-Asr ayat 3:
"kecuali orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
Akhir kata, sentiasalah kita mengharapkan Allah di kala susah mahupun senang. Bukan hanya bila kita memerlukan pertolonganNya, kita mengahadap dengan penuh harap. Sebaliknya, ikhlaskanlah diri dalam mencintaiNya. Bukan hanya tika senang DIA diingati, bila sudah senang DIA kita jauhi. Bersama kita muhasabah dan berubah. Moga usaha kita yang tidak sebesar mana ini akan dipandang dan dinilai olehNya. Amin.