sahabat2,pernah tak dengar cerita pasal seorang raja dan sesenduk madu?..mai sini mai..kami nak tolong story kat angpa semua..
dulu ada seorang raja ni..pada suatu hari raja tersebut terlintas lah di hati untuk menguji kejujuran warga rakyatnya..lalu raja pun memerintahkan agar setiap orang daripada mereka untuk membawa sesenduk penuh madu ke atas sebuah puncak bukit untuk dituangkan ke dalam sebuah bejana atau bekas yang telah disediakan.. lalu semua rakyatnya pun memahami perintah tersebut dan akan bersetuju untuk berbuat demikian..
namun dalam fikiran seorang rakyat lain pula yang dirancangnya.."aku akan membawa sesenduk penuh tapi bukan madu tapi aku akan bawa air.lagipun suasana yang gelap pada waktu malam tentu tidak akan ada yang sedar..madu dalam bekas itu juga tak akan terjejas hanya kerana sesenduk air.." katanya..
cuba sahabat2 teka..apa yang terjadi pada keesokan harinya?hmm..bejana tersebut telah dipenuhi dengan air..rupa rupanya semua warga kota tersebut telah berfikir akan hal yang sama dengan si fulan tadi. so dapatkah sahabat2 berfikir..apakah moral value of this story?
1.inilah yang akan terjadi jika seseorang mengharapkan orang lain melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya terpikul di pundak mereka.
2.nabi muhammad juga pernah bersabda "mulakanlah dengan dirimu terlebih dahulu, kemudian keluargamu"..maksudnya di sini tanggungjawab itu harus kita laksanakan tanpa kita mengharapkan ada insan lain yang akan membereskan utk bahagian kita..
relatenya kat sini, jika kita diberikaan sesuatu taklifan,maka laksanakanlah ia dengan usaha yanag terbaik..janganlah kita mengharapkana orang lain dan melepaskan diri kita dari memikulnya..subhanallah..taklifan itu satu kewajipan, bukan sesuatu untuk dibanggakan..taklifan itu satu amanah, barangsiapa yang menyiakannya maka tergolonglah ia dalam kalangan orang munafik(apabila diberi amanah, maka dikhianati)
oleh itu, sahabat2, marilah kita memperbetulkan niat kita semua..belum terlambat untuk kita berbuat demikian..renung2kan dan selamat beramal....
No comments:
Post a Comment