Thursday, October 28, 2010
Apa Ertinya Bersahabat?
apa gunanya berteman...
andai tiada kejujuran dan keikhlasan...
hidup memang tak semudah yang kita sangkakan...
usah ditanya mana perginya teman..
andai tiada kesedaran dalam jiwa sendiri..
bila tertumpahnya setitik titik hitam di hati... tak bermakna lagi ikatan persahabatan kita...
apa ertinya bersahabat ..
andai tak mengerti antara satu sama lain..????
kawan makan kawan????
muka bertalam-talam...!!!!!!
benar kata pepatah...
lidah itu lebih tajam dari mata pedang....
fikir dahulu sebelum berkata-kata...
selidik dulu sebelum meluahkan..
mcm tue jugak.... bila dikatakan...
telajak perahu boleh diundur...
telajak kata..buruk padahnya...
hati mana yang tidak kecewa?????
bila hatiku terguris.....
usahkan lagi kau ubati dengan pujuk rayumu...
Hiduplah sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya,
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya....
Tuesday, October 26, 2010
eXaM oH eXaM
Salam ukhwah bertaut kepada semua sahabat yang dirahmati Allah. Setelah agak lama laman tinta ini dibiarkan sepi, kami kembali dengan kalam yang baru. Kesibukan dan komitmen masing2 kadangkala menjadi kekangan kepada kami untuk sentiasa memperbaharui entry di blog kami,
Assignment sudah, amali pun sudah.. sekarang tengah berjuang dan bergelut dengan masa nak prepare utk exam. Sebenarnya bila banyak masa terluang ni, banyak juga masa yg terbuang. Sedar tak sedar itulah kenyataannya. Setuju tak setuju itulah hakikatnya. Kecuali jika seseorang itu betul2 memelihara masanya.
Hmm…jadual exam pun da lama dikeluarkan oleh pihak yg bertanggungjawab.
Terima kasih kerana memudahkan kami membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Jasamu dikenang selalu..apa pun good luck ya sahabat2 sekalian. Lakukan yg terbaik dalam exam ni. Usahalah dengan bersungguh-sungguh kemudian berdoa dan bertawakkal lah kepadaNya tanda kebergantungan kita sepenuhnya kepadaNya…
Selamat beramal dan selamat menjalani ibadah dengan hati yg ikhlas dan disirami basahnya zikrullah…insyaAllah..Sekian, wallahu ta’ala ‘alam..
p/s: maaf ye kawan2..jadual exam tu kecik pulak..nak tengok jadual exam, leh klik kat link ni:
Syaitan Pun Terkejut??!
Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.
Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.
Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".
"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.
selawat~
Monday, October 18, 2010
Tegur-menegurlah
ASSLAMUALAIKUM WR.WB..
"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?
Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya....
~selawat
sumber:www.iluvislam.com
"Saudara yang sebenar ialah org yg sentiasa berada disisimu ktka sush dan senang.
Dia mmbahayakan drinya demi kebaikkanmu,sanggup berkorban apa sahaja untuk kpntinganmu.."
Thursday, October 14, 2010
~PetikLah BuNgA itU WaHai KumBaNg Sakti~
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak
Bunga mekar di taman larangan
Tuesday, October 12, 2010
eRti PeRsAhAbAtAn
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya
Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi
Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita
Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...
Monday, October 11, 2010
Buih Cinta Kepada Tuhanku Allah
Oleh : Aftiey
Editor : doraemong13
Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, sehingga senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku , entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.
Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.
Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, ku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?
Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar).
Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama'.
Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Desis hatiku. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.
Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan send.
Antara isi emel tersebut :
Selama 2 jam duduk berbalas Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cuma kafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.
Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan!
Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:
Sesudah solat Isyak, aku duduk diantara dua sujud, dan berdoa, kemudian mengaminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.
Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada tuhan aku pohonkan.
Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam nerakamu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para walimu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah padamu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi.
Amiin Ya Rabbal Alamin...
Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah : Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, ku merasa belum sempurna ibadahku. Ku membuka buku Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama ku menunaikan solat sunat hajat. Kemudian, ku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam, Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya.
"Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini".
Taubat sebelum terlambat
Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang. Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?
Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.
Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini.
Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Ku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah.
Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh tuhanku.
Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya.
tAhUkAh AnDa????
Wednesday, October 6, 2010
.:uJiaN? pasTi aDa hIkmahNya:.
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."–Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRP SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
sesungguhnya ayat2 Allah adalah surat cinta yang sgt indah dan perlu didalami maksudnya...wassalam
Tuesday, October 5, 2010
tOkoh iSLaM
Kemuliaan
Nama adalah identiti dan pengenalan awal diri. Ia juga adalah sebuah doa dan harapan yang terawal dilakarkan oleh ibu bapa buat seorang anak. Sesuai dengan namanya Syifa’ memiliki kepakaran dalam istirqa’ iaitu suatu kaedah pengubatan dengan cara memberikan dorongan jiwa agar pesakit bermotivasi dan optimis untuk sembuh. Beliau adalah seorang sahabiah yang terkenal dengan kebaikan hatinya dan kepintarannya dan merupakan salah seorang daripada segelintir kau hawa Quraisy yang mahir menulis dan membaca. Beliau tergolong di kalangan sahabat dan sahabiah yang terawal memeluk Islam, ikut serta membaiah Rasulullah s.a.w. bersama sahabiah yang lain dan turut berhijrah ke Madinah.
Kepakaran dalam Perubatan
Pada zaman jahiliyyah, Syifa’ binti Abdullah mengubati sakit kulit dengan menggunakan ruqayyah. Setelah memeluk Islam, dia telah datang bertemu Rasulullah untuk meminta izin agar dapat meneruskan pekerjaannya itu. Ibnu Qayyum berkata bahawa di zaman jahiliyyah as-Syifa’ menggunakan ruqayyah untuk mengubati penyakit kulit. Ketika turut serta dalam hijrah dan membaiah Nabi s.a.w. dia telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.:
Bersama Umar al-Khattab
Syifa’ binti Abdullah mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Umar al-Khattab r.a. sebagaimana mulianya as-Syifa’ di sisi Rasulullah s.a.w. Sayyidina Umar selalu mengutamakan as-Syifa’ dalam hal pandangan. Bahkan, beliau turut memberi kepercayaan kepada as-Syifa’ dengan melantiknya sebagai seorang qadhi di pasar. As-Syifa’ adalah Muslimah pertama memegang jawatan itu. Beliau memikul tugas tersebut dengan penuh amanah dan tegas.
As-Syifa’ dan Hadis Rasulullah s.a.w.
Di antara riwayatnya, bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebaik-baik pekerjaan. Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah, jihad di jalanNya dan haji yang mabrur.”
As-Syifa’ menghabiskan hayatnya untuk menuntut ilmu, beramal, berzuhud dan beribadah sehingga ajal menjemputnya pada zaman khalifah Umar al-Khattab pada tahun 20H.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari Ilahi. Marilah kita berdoa: “Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini.”